Saturday 23 March 2013

Menjadi ibu, isteri dan pelajar....

isolation of marine bacteria
Sudah lama jari-jariku ini tidak menari-nari di keyboard unruk menaip di blog ini, hanya kugunakan untuk menaip tugasan-tugasan assignment dari profesor. Kesibukan aku bergelar pelajar master di Taiwan di samping keadaanku yang ketika itu hamil membuatkan aku melupakan blogku..Alhmdulillah, sekarang sudah masuk semester kedua, semester pertama aku lalui dengan agak mencabar. Di kala aku mengandung 4 bulan aku mula mendaftar sebagai pelajar master, memulakan kerja-kerja di lab yang memenatkan, Penat barangkali kerana kondisiku yang mengandung di samping tugasan labku, lab mikrobiologi  yang memerlukan usaha keras.Tugasan yang aku dapat ialah "isolation of marine bacteria that can degrades polysaccharides". Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapatkan beberapa sampel bakteria yang mampu mendegradasi polisakarida sebelum aku bersalin.Cerita pengalaman mengandung dan bersalin di waktu lain akan aku selitkan.Tak sempat untuk aku menceritakan segalanya sekarang kerana sempitnya waktu..: ) Semua itu merupakan antara pengalaman -pengalaman yang takkan aku lupakan.Sekarang aku melalui fasa baru, bergelar ibu dan mengekalkan dua status iaitu isteri dan pelajar. Bukan mudah untuk menjadi pelajar master sekaligus bergelar isteri dan ibu. Kehadiran orang baru
"universitiku"
mengubah peta hidupku. Bayiku yang lahir akhir tahun 2012 kini sudah berusia 3 bulan.Bayi perempuan yang comel bernama imanina nur islami..nama "nur islami" adalah idea daripadaku manakala "imanina "adalah idea daripada suamiku. Hidup kami sekarang berubah dengan kehadiran imanina nur islami, warna warni hidup kami dihiasi dengan senyuman dan tangisannya. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T atas rezeki daripada Nya, Dia telah mengurniakan aku seorang suami dan anak; bagiku mereka tak ternilai harganya. Sungguh tak mampu aku menilai betapa banyak anugerah dan rezeki yang Allah kurniakan. Moga aku terus bersyukur...
Menjadi ibu,isteri dan pelajar bukanlah suatu yang mudah tanpa perancangan masa yang baik dan sikap saling membantu dan memahami. Aku dan suami terpaksa bergilir-gilir menjaga bayi kami ketika salah seorang daripada kami menghadiri kuliah atau melakukan eksperimen di makmal.Walauapapun bagiku semua itu kami mampu lakukan. Bak kata pepatah " Hendak seribu daya tak hendak seibu  dalih". Aku berharap dapat menamatkan pengajian master tahun hadapan, begitu juga suamiku dengan pengajian doktor falsafahnya..:)                 to be continued....

No comments:

Post a Comment