Wednesday 18 April 2012

Bermula Kehidupan Baruku di Bumi Taiwan





19 0ct 2011 -Ini adalah hari pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Taiwan. Aku sampai di Taoyuan  International airport, Taipei lebih kurang pukul 10.30 malam selepas melalui perjalanan selama 5 jam dari KLIA . Sebaik sahaja menuruni pesawat Air Asia, aku terus menuruti penumpang lain yg turut sama ke bahagian imegresen. Aku  hanya mengikut orang kerana lapangan terbang Taoyuan masih asing bagiku. Kulihat kebanyakan penumpang pesawat kebanyakan   Orang  Cina Taiwan, Orang Cina Malaysia, dan hanya segelintir warga asing lain dan hanya aku yg memakai tudung. Pemandangan yang kulihat sama seperti di dalam pesawat air asia yang aku naiki tadi.Orang di sekelilingku memandangku, mungkinkah kerana aku tampak berbeza drp mereka? Kufikir mungkin kerana hanya aku wanita yg memakai tudung di situ .


Selepas pemeriksaan imegresen, aku terus ke tempat bagasi, aku menunggu beg  aku seperti penumpang - penumpang yang lain. Beg yang aku bawa sememangnya beg tarik yg bersaiz paling besar, kubeli di The Summit BM, …maklumlah, supaya dapat bawa banyak barang, kata si dia, barang- barang di Taiwan ini agak mahal berbanding di Malaysia. Kuteruskan langkahku keluar dari tempat bagasi ke ruang  Kedatangan Internasional. Ku tercari-cari gerangan si dia, namun tidak nampak kelibatnya. Aku terus menolak troli  mencari si dia, katanya dia akan menungguku di hadapan ruang kedatangan internasional. Selepas beberapa ketika  mencarinya, kulihat dia sedang duduk dan bercakap-cakap dengan seorang wanita cina sambil memegang beberapa  helai dokumen. Terus kudekati mereka dan kusapa si dia. Dia agak terkejut lalu terus menghampiriku.  Dia memperkenalkan aku kepada wanita cina itu. Rupanya wanita cina itu sahabatnya di universiti, dan wanita cina itu akan berangkat pulang ketanah airku, Malaysia, esok pagi. Wanita cina itu memperkenalkan dirinya  dan kami berbual-bual. Si dia meminta pertolongan sahabatnya untuk mengesahkan sijilnya di kedutaan Taiwan di Malaysia. Selepas itu, aku dan si dia meminta diri daripada K untuk pulang ke rumah yang disewa oleh si dia untuk kami berdua. Kami menaiki bas dari Taoyuan International Airport ke keelung, kemudian kami menaiki teksi terus ke apartmen yang disewa si dia,  Apartmen Barcelona. Kata si dia, bangunan - bangunan di Taiwan,  kebanyakannya  bawah tanah dikorek lagi, termasuklah apartmen Barcelona . Di Taiwan fenomena seperti itu adalah perkara biasa, kerana  Taiwan merupakan sebuah pulau yang kecil yang memiliki penduduk yang padat.

  

Hatiku berdebar-debar apabila pertama kali menjejakkan kaki ke rumah kami di tingkat 11 apartmen Barcelona. Maklumlah, ini adalah rumah pertama kami sejak kami diikat dengan tali pernikahan pada 15 Oktober 2010. Sebelum ini kami tinggal samada di rumah keluargaku di Pulau Pinang atau di rumah keluarga si dia di Acheh . Aku berasa sangat bersyukur meskipun rumah kami ini tidaklah sebesar mana, hanya sesuai untuk dua orang. Namun segala kelengkapannya cukup dan ruangnya cantik. Kelengkapan elektrik seperti peti sejuk, dapur, televisyen,mesin basuh dan pendingin udara juga tersedia. Di sebelah luarnya terdapat ruangan balkoni, di sini  kami dari atas dapat melihat keindahan panorama  Kota Keelung yang berbukit bukau serta kesibukan warganya dengan aktiviti masing- masing.

1 comment: