Sunday 24 March 2013

Jalan-jalan di Taiwan


Hepingdao, Keelung

Sudah lebih kurang setahun  aku di Taiwan dan sepanjang tempoh itu cuma sekali aku pulang ke Malaysia , itupun atas urusan biasiswa. Aku rindu padamu Malaysia..rindu pada kampung halaman..pada keluarga tercinta.
Untuk mendapat "mood" yang baik untuk menulis bukanlah mudah bagiku..kesibukan dengan bayi, kuliah dan rumahtangga menghambat aku untuk meluangkan masa menulis di blog ini..hehe :) walauapapun sekarang aku terasa mahu menulis...menulis tentang pengalaman..seorang melayu di bumi taiwan,,,hehehe..

Kelmarin aku terbaca di sebuah laman web mengatakan orang melayu berasal dari taiwan.. adakah itu benar? mungkin,,,barangkali
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/06/orang-melayu-berasal-dari-taiwan/

kalau betul bermakna aku pulang ke "tempat asalku"... :)

baiklah, untuk pengetahuan shbt2.. sepanjang setahun aku berada di sini banyak tempat di Taiwan terutamanya di Keelung yang aku lawati. Antara tempat yang menarik dan cantik ialah Hepingdao..
Hepingdao ni dekat sangat dengan rumahku. Jalan kaki pun boleh... Tempat ni memang tempat kebiasaan aku dan suami membawa imanina jalan-jalan. Cantik kan tempat ni ...



aku, suami, imanina, mak mertua dan bapa mertua di hepingdao






Saturday 23 March 2013

 Ciri -ciri suami yang baik



  • Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
  • Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Berkebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tidak berkemampuan.
  • Rajin, berpemikiran luas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri .Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]  Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tiada  manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut,  atau  tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu. Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.
  • Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji .


Menjadi ibu, isteri dan pelajar....

isolation of marine bacteria
Sudah lama jari-jariku ini tidak menari-nari di keyboard unruk menaip di blog ini, hanya kugunakan untuk menaip tugasan-tugasan assignment dari profesor. Kesibukan aku bergelar pelajar master di Taiwan di samping keadaanku yang ketika itu hamil membuatkan aku melupakan blogku..Alhmdulillah, sekarang sudah masuk semester kedua, semester pertama aku lalui dengan agak mencabar. Di kala aku mengandung 4 bulan aku mula mendaftar sebagai pelajar master, memulakan kerja-kerja di lab yang memenatkan, Penat barangkali kerana kondisiku yang mengandung di samping tugasan labku, lab mikrobiologi  yang memerlukan usaha keras.Tugasan yang aku dapat ialah "isolation of marine bacteria that can degrades polysaccharides". Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapatkan beberapa sampel bakteria yang mampu mendegradasi polisakarida sebelum aku bersalin.Cerita pengalaman mengandung dan bersalin di waktu lain akan aku selitkan.Tak sempat untuk aku menceritakan segalanya sekarang kerana sempitnya waktu..: ) Semua itu merupakan antara pengalaman -pengalaman yang takkan aku lupakan.Sekarang aku melalui fasa baru, bergelar ibu dan mengekalkan dua status iaitu isteri dan pelajar. Bukan mudah untuk menjadi pelajar master sekaligus bergelar isteri dan ibu. Kehadiran orang baru
"universitiku"
mengubah peta hidupku. Bayiku yang lahir akhir tahun 2012 kini sudah berusia 3 bulan.Bayi perempuan yang comel bernama imanina nur islami..nama "nur islami" adalah idea daripadaku manakala "imanina "adalah idea daripada suamiku. Hidup kami sekarang berubah dengan kehadiran imanina nur islami, warna warni hidup kami dihiasi dengan senyuman dan tangisannya. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T atas rezeki daripada Nya, Dia telah mengurniakan aku seorang suami dan anak; bagiku mereka tak ternilai harganya. Sungguh tak mampu aku menilai betapa banyak anugerah dan rezeki yang Allah kurniakan. Moga aku terus bersyukur...
Menjadi ibu,isteri dan pelajar bukanlah suatu yang mudah tanpa perancangan masa yang baik dan sikap saling membantu dan memahami. Aku dan suami terpaksa bergilir-gilir menjaga bayi kami ketika salah seorang daripada kami menghadiri kuliah atau melakukan eksperimen di makmal.Walauapapun bagiku semua itu kami mampu lakukan. Bak kata pepatah " Hendak seribu daya tak hendak seibu  dalih". Aku berharap dapat menamatkan pengajian master tahun hadapan, begitu juga suamiku dengan pengajian doktor falsafahnya..:)                 to be continued....

Friday 27 April 2012

 27/04/2012 - Aku kini menghitung hari demi hari untuk pulang ke tanah air atas suatu misi yang penting.  semoga dipermudahkan. Terasa hari begitu pantas berlalu dan aku akan meninggalkan suamiku selama 2 bulan. Semoga suamiku  akan mampu  mengurus diri, makan, rumah semasa ketiadaanku nanti...

Wednesday 18 April 2012

Bermula Kehidupan Baruku di Bumi Taiwan





19 0ct 2011 -Ini adalah hari pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Taiwan. Aku sampai di Taoyuan  International airport, Taipei lebih kurang pukul 10.30 malam selepas melalui perjalanan selama 5 jam dari KLIA . Sebaik sahaja menuruni pesawat Air Asia, aku terus menuruti penumpang lain yg turut sama ke bahagian imegresen. Aku  hanya mengikut orang kerana lapangan terbang Taoyuan masih asing bagiku. Kulihat kebanyakan penumpang pesawat kebanyakan   Orang  Cina Taiwan, Orang Cina Malaysia, dan hanya segelintir warga asing lain dan hanya aku yg memakai tudung. Pemandangan yang kulihat sama seperti di dalam pesawat air asia yang aku naiki tadi.Orang di sekelilingku memandangku, mungkinkah kerana aku tampak berbeza drp mereka? Kufikir mungkin kerana hanya aku wanita yg memakai tudung di situ .


Selepas pemeriksaan imegresen, aku terus ke tempat bagasi, aku menunggu beg  aku seperti penumpang - penumpang yang lain. Beg yang aku bawa sememangnya beg tarik yg bersaiz paling besar, kubeli di The Summit BM, …maklumlah, supaya dapat bawa banyak barang, kata si dia, barang- barang di Taiwan ini agak mahal berbanding di Malaysia. Kuteruskan langkahku keluar dari tempat bagasi ke ruang  Kedatangan Internasional. Ku tercari-cari gerangan si dia, namun tidak nampak kelibatnya. Aku terus menolak troli  mencari si dia, katanya dia akan menungguku di hadapan ruang kedatangan internasional. Selepas beberapa ketika  mencarinya, kulihat dia sedang duduk dan bercakap-cakap dengan seorang wanita cina sambil memegang beberapa  helai dokumen. Terus kudekati mereka dan kusapa si dia. Dia agak terkejut lalu terus menghampiriku.  Dia memperkenalkan aku kepada wanita cina itu. Rupanya wanita cina itu sahabatnya di universiti, dan wanita cina itu akan berangkat pulang ketanah airku, Malaysia, esok pagi. Wanita cina itu memperkenalkan dirinya  dan kami berbual-bual. Si dia meminta pertolongan sahabatnya untuk mengesahkan sijilnya di kedutaan Taiwan di Malaysia. Selepas itu, aku dan si dia meminta diri daripada K untuk pulang ke rumah yang disewa oleh si dia untuk kami berdua. Kami menaiki bas dari Taoyuan International Airport ke keelung, kemudian kami menaiki teksi terus ke apartmen yang disewa si dia,  Apartmen Barcelona. Kata si dia, bangunan - bangunan di Taiwan,  kebanyakannya  bawah tanah dikorek lagi, termasuklah apartmen Barcelona . Di Taiwan fenomena seperti itu adalah perkara biasa, kerana  Taiwan merupakan sebuah pulau yang kecil yang memiliki penduduk yang padat.

  

Hatiku berdebar-debar apabila pertama kali menjejakkan kaki ke rumah kami di tingkat 11 apartmen Barcelona. Maklumlah, ini adalah rumah pertama kami sejak kami diikat dengan tali pernikahan pada 15 Oktober 2010. Sebelum ini kami tinggal samada di rumah keluargaku di Pulau Pinang atau di rumah keluarga si dia di Acheh . Aku berasa sangat bersyukur meskipun rumah kami ini tidaklah sebesar mana, hanya sesuai untuk dua orang. Namun segala kelengkapannya cukup dan ruangnya cantik. Kelengkapan elektrik seperti peti sejuk, dapur, televisyen,mesin basuh dan pendingin udara juga tersedia. Di sebelah luarnya terdapat ruangan balkoni, di sini  kami dari atas dapat melihat keindahan panorama  Kota Keelung yang berbukit bukau serta kesibukan warganya dengan aktiviti masing- masing.